Oct 24, 2005

Optimistik Buta..

Mira pernah cakap tentang sikap optimis. Aku tak cakap, cuma belajar di kelas social psychology. Tapi rasanya, sifat itu wujud dalam diri setelah aku fikir-fikir semula. Optimis yang banyak melayakkan aku meneruskan hidup walau dilanda derita (cara naikkan semangat ;)

Optimis..satu positive mind set yang buat orang tak lelah mencuba dan tak berputus asa. Optimis buat orang semua terus berpandang baik pada kehidupan ini.

Kenapa optimis? Kerana Tuhan telah menunjukkan jalan pulang yang hakiki waktu aku jatuh. Aku benar nampak impak positif bila yakin pada Tuhan. Iyalah, time awal remaja..mana nak terfikir tentang ini semua. Tapi yang cantiknya ialah bila dah diuji awal-awal ni..fikiran cepat matang.

Erm..kuasa Tuhan atas segala. Tuhan itu tempat bergantung penuh. Dan, pada suatu ketika di mana aku karib pada uji dan dugaan..optimis yang buat aku bangkit. Aku yakin bahawa Tuhan jadikan sesuatu mesti bersebab. Aku tak menangis lagi. Tuhan kan ada.

Itu cerita asal usul optimis pada diri. Waktu dulu-dulu. Tapi, betulkah aku optimis?? Kini??

Kini, rasanya aku banyak ber'optimis buta'..bukan kata Tuhan telah tiada pada hati, tetapi hati itu bagai tak berfungsi sepenuhnya. Hati yang telah mati. Cinta yang buat aku bersenang dengan dosa...dan masih anggap ada peluang untuk pulang bertaubat.

Aduh..aku mempermainkan peluang yang ada..

Syok sendiri..masih anggap Tuhan sudi layan aku yang berdosa!! Zalimnya, tak adil aku pada Tuhan. Bernafas dan masih berdenyut nadi ini...tapi nampaknya cinta ku buta. Ia tak terkesan seperti dulu.

Hati ini mati. Mati hati kerna dosa. Mati, kerana bila berdosa..aku jarang merasai bersalah.

Amalku, hidup dan matiku...adalah benar kerna Tuhan??

Betulkah Tuhan akan meninggalkan kita? Kita banyak dosa ni...

Aku tak punya jawapan yang benar tepat. Itu tentang manusia dan Tuhan. Namun, kata Tuhan pada Al-baqarah mungkin menjawab soalan itu.

Sesungguhnya orang-orang yang kafir (ingkar) sama bagi mereka, engkau beri peringatan atau tidak..nescaya tiada mereka beriman. Allah telah mencap hati dan pendengaran mereka, dan atas penglihatan mereka itu ditutup dan untuk mereka itu siksa yang besar

(Al-baqarah, 6-7)

Petunjuk diberi..mereka degil
Utusan dah dihantar..mereka kecam
Peluang berlori datang..tetap ingkar

Lalu surah itu menerangkan bahawa itulah tahapnya orang yang berpaling dari Tuhan dan petunjuk hidup. Hati dah ditutup untuk melihat dan mentafsir hidup dengan hikmah. Mereka itu dibiar dengan kesesatan. Wana'uzubillah.

Tersentak bila Mira kata begini: "Baru tadi menangis mengenang dosa..tapi lepas tu tengok TV (sebab ada pandangan mengatakan yang TV dah banyak kemungkaran dari pekdahnya)

Apa status aku? Ingin lagi berda'wah dalam dosa?

Jawapan optimis selinap di frontal lobe: Aku masih, tetap dan akan terus yakini Tuhan...walau rasanya hati makin malap, tiada cahaya.

Ya..jihad jiwa.

Yakin itu pada diri. Yakin itu tentang sejati. Yakin itu..melahirkan mungkin pada hati yang masih keraguan.

~kata hati bayangan iman~

No comments: